Favs Makanan Kat Gerik (update1)

Kat Pekan Gerik ni, nak cari tempat makan memang tak susah dan banyak pilihan makanan yang sedap. Setiap minggu pada petang Jumaat, ada pasar hari yang diadakan berhampiran Gerik Supermarket. Selain itu, ada juga restoran atau warung yang menyediakan pelbagai makanan di sekitar Pekan Gerik. Buat masa ni aku paparkan gambar mengenai tempat makan yang menjadi favorite kitorang, Insya Allah nanti aku update lagi...


Gerai apam balik kat pasar hari, memang special n sedap...


Gerai satay Felda Lawin Utara, satay ayam memang cepat habis. Nak cari gerai ini senang je, berdekatan (opposite) gerai apam balik tadi...


Gerai Murtabak, kegemaran nenek...


Nak rasa masakan mamak kat pekan ni, boleh gi Restoran Thaibah di Jalan Tun Saban. Terdapat banyak gak restoran mamak kat sini, senang la nak cari roti canai...

0 comments: